7 Tempat Makan BEST di Perlis

Pulut-Mangga

Biasanya bila sebut Perlis. Orang akan tanya “Apa yang best dekat Perlis?” (sambil buat muka confuse). Selain menjadi tempat persinggahan utama untuk pelancong yang mahu ke Pulau Langkawi atau Thailand. Perlis juga merupakan tempat tarikan pelancong seperti di Gua Kelam serta tempat kaki shopping iaitu Padang Besar.

Nak tahu apa lagi yang Best? Mestilah makanan!

Jom kita tengok satu persatu makanan yang kami cadangkan anda cuba jika anda ke Perlis bermula dari sarapan hingga ke makan malam.

Sarapan Pagi

Pulut Mangga / Pulut Mempelam

IMG_20150502_163134

Perlis sememangnya popular dengan buah mangga atau ‘mempelam’ lagi-lagi Mempelam Harum Manis yang menjadi kegilaan peminat buah mangga bila tiba musimnya. Musimnya sekitar bulan April hingga Jun setiap tahun.

Di Perlis juga amat mudah untuk kita dapatkan beras pulut berkualiti dari Thailand. Jadi tak hairanlah bila orang Perlis makan pulut dengan mempelam. Memang kombinasi rasa yang menarik bila rasa lemak pulut santan bercampur dengan rasa manis buah mempelam. PADU!

 

Makan Tengahari

Nasi ‘Ganja’ Repoh

k2-768x576

 

Jangan tersedak pulak dengar nama Nasi ‘Ganja’, sebenarnya kami pun tak tahu nama sebenar nasi ni, tapi nasi ni digelar Nasi Ganja diatas kapasitinya untuk membuatkan orang ramai ‘ketagih’ untuk mendapatkannya lagi.

Walaupun nampak macam gerai makcik goreng pisang tepi jalan sahaja, tapi jangan terkejut kalau nampak kereta dan manusia beratur beramai-ramai untuk membeli Nasi Ganja.

Daripada bau ‘harum’ nasinya, kepada bau rempah ayam goreng panas-panas, memang menggoda sesiapa yang lalu di gerai Nasi Ganja ni. Dari segi saiz hidangan pula sememangnya banyak dengan harga yang ‘tak dapat dekat KL’. Wajib cuba kalau anda berada di Perlis. Anda boleh ‘Waze’ Gerai Nasi Ganja Repoh untuk sampai ke destinasi.

 

Warung Pokok Sawa Mata Ayer, Kangar

pokok-sawa-1-2-768x1024pokok sawa (9)

Memang tak lengkap lah kalau datang ke Perlis tapi tak singgah di Warung Pokok Sawa, lokasi makan tengahari paling famous di Perlis.

Apa yang special mengenai kedai ini adalah menu masakan kampung yang disajikan. Memang sedap! Buat anda yang tidak memakan ikan keli yang merupakan menu utama di sini, anda tidak perlu risau sebabnya hidangan lauk-pauk yang tersedia banyak di sini memang semuanya enak. Saya suka masak lemak dia!

Kalau anda peminat masakan kampung, ikan sungai, ulam-ulaman, anda pasti jatuh cinta dengan restoran ini. Gambar-gambar selebriti dan orang kenamaan menjadi hiasan dinding restoran ini. Wajib cuba!

 

Makan Petang

Restoran Hussin Yahya

2017-01-02-09.06.26-1-1-768x576

Mee Goreng paling unik pernah kami rasa. Kami dah makan mee goreng ni sejak 20 tahun yang lepas dan rasanya masih sama hingga ke hari ini! Portion yang cukup banyak untuk dikongsi 2 orang, dan harga yang akan buat ‘orang bandar’ cemburu membuatkan kedai ini sentiasa penuh dengan pelanggan yang datang tapau mee goreng untuk makan petang. 2017-01-02-09.05.20-1-1-576x768

Selain itu, Restoran Hussin Yahya turut menyajikan lauk pauk untuk juadah makan tengah hari serta ‘pasemboq’ yang memang power! Satu perkara yang kami suka tentang restoran ini adalah bagaimana 2 tukang masak mereka menyediakan makanan. Memang laju betul!

Buat anda yang berminat untuk mencuba hidangan di restoran ini anda boleh Waze sahaja Restoran Hussin Yahya. Restoran ini terletak di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Kangar.

 

Laksa Kak Su, Kuala Perlis

Kak-Su-Shop (1)

Port makan petang tentulah di Kuala Perlis. Laksa beras kat kedai Kak Su ni memang homemade and nice. Bak kata orang tempatan, laksa ‘Kola’(laksa Kuala) yang paling best! Dah beroperasi sejak tahun 2002 lagi.

Kuah laksanya yang sedap dan pekat dimasak dari isi ikan selayang yang fresh! Yang menariknya laksa di sini dimakan bersama dengan pulut udang yang saya boleh bagi 5 Ha!
Cabaran kak kedai ni orang ramai sangat. Siapa datang dulu, dapat table dulu. Lokasinya di pekan Kuala Perlis (belakang Maybank Kuala Perlis).

 

Makan Malam

Restoran Api-api, Kuala Perlis

Restoran-Api-Api_zpstrck8ubm-768x432

Kuala Perlis juga memang terkenal dengan seafood sedap-sedap. Biasanya orang bukan tempatan akan pergi ke medan selera Komalaut yang memang popular. Tapi kami nak share tempat makan yang tidak begitu mainstream di sini.

Pilihan seafood yang ditawarkan memang banyak dan puas hati. Jika anda peminat ikan bakar, Kuala Perlis adalah tempatnya. Selain itu, menu lain seperti kerang dan sotong goreng tepung turut menjadi masakan pilihan pengunjung yang datang.

TURUT DISAJIKAN BERSAMA AIR ASAM DAN SAMBAL BELACAN

Dicadangkan untuk booking terlebih dulu sebelum sampai supaya tak perlu menunggu lama lebih-lebih lagi jika anda bawa sekeluarga untuk makan besar. Overall makanan sedap dan berpatutan. Suasana pun tenang makan sambil menikmati bayu laut.

 

Mai Cafe, Kangar

ke_04.1

Mai Cafe, itulah nama yang dipilih. Jika dilihat daripada namanya nescaya orang ramai tidak dapat mengagak apakah menu yang disediakan untuk dinikmati para pengunjung. Konsep kafe yang ditampilkan begitu unik.

Kat kopitiam ni di samping ada menu masakan barat, produk-produk sendiri seperti kopi dan teh tarik juga disajikan. Teh Masala dia fuhhh! Saya boleh bagi 5 Ha! Chef di kafe ni adalah bekas chef hotel jadi masakannya memang ok sangatlah.

Klik kalau sedang mencari modal nak pusing-pusing 1 Malaysia atau melancong ke luar negara atau sambung belajar atau buat modal bisnes anda.

Kredit: Mushybites

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *